KENDALIAN GEAR

Gear Pertama
  • Apabila tuil anjakan gear diletakkan dalam gear pertama, (seperti rajah di bawah), gear besar di aci utama bergerak sepanjang aci sehingga membuat cantuman dengan gigi terkecil di atas aci-aci lawan.
  • Apabila klac tidak dalam gandingan maka aci klac dan aci lawan berputar.
  • Sekiranya klac berganding dengan aci utama, aci engkol memandu aci klac dan terus memusingkan aci lawan. Ini memperlahankan pusingan aci lawan dan memusingkan aci utama penghantaran.
  •  Nisbah gear biasanya 5: 1.

Gear Pertama (1st Gear)

Gear Kedua
  • Ketika klac di kendalikan, tuil anjakan gear digerakkan ke gear kedua, gear kelajuan tinggi kedua membuat cantuman dengan geare kedua di aci lawan.
  • Apabila aci di gandingkan, aci klac memacu gear pacuan di aci lawan dan pergerakan di pindahkan sepanjang aci lawan ke gear kedua di aci lawan, kemudian memusingkan gear kedua terus ke aci utama pepenghantaran.



 Gear Kedua (2nd Gear)

Gear Ketiga
  • Apabila tuil anjakan gear di letakkan di kedudukan gear ketiga, gear ketiga membuat cantuman dengan gear ketiga di aci lawan.
  • Ketika klac digandingkan aci klac akan memusingkan gear pemacu di aci lawan dan memusingkan aci lawan.
  • Kemudian kuasa di pindahkan  ke gear ketiga pada aci utama penghantaran.


Gear Ketiga (3rd Gear)

Gear Keempat
  • Apabila tuil anjakan di gerakkan ke kedudukan gera keempat, maka gear aci klac membuat cantuman dengan gear kelajuan tinggi secara langsung dan berputar satu unit dengan aci utama penghantaran dengan nisbah 1:1, Ia akan berputar sebaik sahaja klac digandingkan.
  • Kelajuan ini sama laju dengan kelajuan keluaran enjin yang di hantarkan ke roda kenderaan.

Gear Keempat (4th Gear)

Gear Balikan
  •  Apabila gear di letakkan dalam balikan, gear utama aci klac menggelangsar membuat cantuman dengan gear pemelahu balikan dan membuat cantuman dengan gear balikam kecil.
  • Gear balika membuat cantuman di antara gear balikan di aci lawan dan gear rendah atau gear pertama di aci utama penghantaran.
  • Dengan adanya gear kecil pemelahu tadi putaran enjin akan dibalikkan dalam pusingan lawan kemudian di salur keluar ke aci utama penghantaran dalam arah yang berlawanan.
  • Kuasa akan di salurka apabila klac digandingkan.

Gear Balikan (Reverse Gear)

Gear Neutral
  • Tuil anjakan gear diletakkan dalam alur neutral, yang mana kuasa di salurkan melalui aci klac dan memusingkan aci lawan.
  • Tidak ada satu pun gear yang membuat jaringan dengan gear di aci penghantaran utama. Kedudukan ini menunjukkan gear neutral.

Gear Neutral (Neutral Gear)




3 comments:

  1. assalamualaikum gear 5 mana ya

    ReplyDelete
  2. Banyak tu je ke,gear tiga punya isi....macam mana saya nak buat present untuk cikgu saya

    ReplyDelete