Objektif Pembelajaran
Pengenalan
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat :
- Menerangkan fungsi dan komponen utama gear transmisi.
- Menyatakan jenis kendalian gear transmisi manual iaitu jenis cantuman gear malar (constant mesh), jenis empat kelajuan.
- Menerangkan prinsip gear.
Pengenalan
Sistem penghantaran ialah satu rangkaian penghantaran
kuasa dari enjin ke roda untuk menggerakkan kenderaan. Ia merupakan gabungan
beberapa komponen asas seperti aci putar, aci pandu, gear transmisi, klac, unit
kerbeda dan sendi semesta.
Kotak Gear
Gear transmisi terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan dipasang selepas pepasangan klac.
Fungsi gear transmisi adalah seperti berikut :
- Untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaandan beban pada kenderaan.
- Menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit.
- Membolehkan enjin hidup tanpa kenderaan bergerak dengan gear dalam keadaan neutral.
- Mewujudkan gear maju, undur dan bebas.
Klac pula mempunyai tiga fungsi utama iaitu :
- Memutuskan penghantaran kuasa semasa kenderaan hendak berhenti tetapi enjin masih hidup untuk mengelakkan enjin turut sama terhenti apabila kenderaan berhenti.
- Memutuskan sementara penghantaran kuasa dari enjin ke roda semasa penukaran gear untuk mengelakkan daripada kerosakan sistem transmisi.
- Menyediakan sedikit gelinciran apabila mula bergerak daripada gear satu untuk mengelakkan enjin daripada terhenti akibat kilasan yang kurang mencukupi semasa kelajuan enjin rendah.